Sunday, January 30, 2011

..OUR REAL LIFE

We were given two hands to hold
Two legs to walk
Two eyes to see
Two ears to listen
But why only one heart?
Because the other one
Was given to someone for us to find


I believe the one will come to my life and make me happy, make me know the meaning of love, make me miss him never stop, make me always hope to be together with him.

But in my real life once i have that feeling...someone who always spent time for me,make me smile,make me laugh and also make me cry.

I think the he hold the other one of my heart. The one that i never think i will fall in love but now i really fall to him. And i just hope one day he will come to me and hug me and the most important he never leave me again because i dont want to lose the other one of my heart.

I LOVE U

I REALLY MISS U

Saturday, January 29, 2011

..PLAN JAN-JUNE 2011

1. Nak miliki kereta viva warna merah..mesti cute kan
2. Nak simpan duit banyak-banyak untuk modal kahwin. Kalau boleh nak buat majlis besar-besaran. Sebab aku  kerja dengan orang besar nanti apa kata diorang pula kalau tak jemput.
3. Nak dapatkan stable income so aku boleh tolong family aku. Aku nak ma dan abah bangga dengan aku sebab selama ini aku sangat degil dan tak pernah dengar nasihat mereka. Aku cuma ingin berjaya dalam hidup dengan cara aku sendiri. Aku akan pastikan family aku bangga dengan aku nanti.
4. Aku juga nak keluarga bakal husband aku pun bangga dengan aku. Aku nak adik-adik semua hormati aku sebagai kak long mereka. Aku akan buktikan pada semua yang aku akan berjaya denagn jalan yang aku pilih sekarang ini. Kenapa aku yakin??Kerana tempat kerja baru aku ni,denagn orng di sekeliling aku dan semangat aku yang kuat aku akn berjaya suatu hari nanti.
5. Aku dah tanam dalam diri aku yang aku akan sentiasa mendekatkan diri pada tuhan.
6. Aku nak jadi diri aku yang baru. Aku tak nak berada di takuk yang sama walaupun bidang ini amat sukar dan mencabar aku sanggup tempuhi jua sebab aku dah nekad nak tingkatkan ekonomi aku dan hidup seperti orang di alaf baru. Aku harap bakal suami aku yang aku setia tunggu kepulangannya akan bangga denagn perubahan yang akan aku bawa nanti. Hati aku tak pernah berubah setia mencintainya.
7. Aku nak perubahan aku nanti akan membahagiakan ma dan abah. Sesungguhnya aku sangat menyayangi ma dan abah dan semua ahli keluarga ku. Aku cuma nak berbakti pada keluarga aku dan keluarga bakal suamiku yang aku dah anggap macam keluarga aku sendiri.

AKU NAK BERJAYA..


INSYAALLAH

Friday, January 14, 2011

...DIMANA ORANG KAYA BERADA?????

Saya nak berkenalan dengan orang kaya...Saya bukan nak harta mereka tapi saya nak tolong mereka menjadi bertambah kaya. Ada caranya terlalu mudah sahaja.
Sesiapa yang berminat boleh la menghubungi saya. Mereka yang berada di sekitar negeri kelantan amat di galakkan.

Ini adalah perkara benar bukan tipu dan bukan sekadar paparan sahaja.
sekian.........

Monday, January 10, 2011

...RINDU

rindu awak sangat2
awak buat apa?
kenapa awak tak call saya?
awak tak rindu saya kew?
sampai hati awak wat saya macam ni...
saya setia tunggu awak
setiap ari saya ingat awak
tapi awak tak ingat saya pun
awak suruh sy tgu awak
tp sampai bila saya kena tgu awak
sy memang sayang awak
awak pun cakap awak sayang saya
tapi betol ke??????

Sunday, January 9, 2011

..Kawan-kawan pernah merasa susah??

Nak cerita untuk sekadar pberkongsi pengalaman. Kepada kawan-kawan yang sedang menganggur dan mencari kerja sesungguhnya bukan perkara yang senang. Mungkin tiada masalah bagi sesetengah orang tetapi turut memberi tekanan yang besar kepada kebanyakan kita terutama yang terikat dengan tanggungjawab kepada keluarga.

Sebagai seorang yang nak melangkah ke alam kerjaya kita hendaklah ubah personaliti diri menjadi seorang yang matang dan profesional. Bukan sesuatu yang mudah sebenarnya.. Tetapi apa yang paling penting  jangan mudah putus asa. Aku masih berusaha demi masa depan aku dan juga keluarga aku. Hendak mencapai kejayaan terlalu banyak memerlukan pengorbanan. Kadang-kadang aku turut berasa dunia tidak adil mengapa orang lain tidak perlu melalui kesusahan ini tetapi fikiran waras aku berkata setiap orang ada kehidupan masing2. Kita perlu mencorakkannye maka kita perlu berusaha keras.

Memang kadang sangat penat untuk meneruskan kehidupan ini lebih2 lagi tanpa orang tersayang di sisi hidup terasa sunyi dan tak bermakna. Tapi kita harus ingat sebenarnya kita tidak pernah sendirian. Kita ada tuhan yang Maha Esa. Allah sentiasa bersama hambaNya. Kepada sesiapa yang mengalami kesusahan usah lah mudah berputus asa. Setiap orang akan mengalami masalah tetapi harus di ingat macam mana cara kita mengatasinya. Sewajarnya kita terus berusaha dan jangan mudah mengalah dan sentiasa la meminta kepada yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Friday, January 7, 2011

..azam tahun baru

Sekarang sudah tiba musim banjir hujan turun tanpa henti untuk beberapa hari. Semalam, semalam sebelum dan beberapa hari yang lepas hujan tetap turun melimpah di permukaan bumi yang semakin hari semakin mencapai usia tua.

Seperti biasa musim hujan ni merupakan musim untuk berhibernasi. Makan dan tidur wah nikmat sungguh. Mula la fikiran punterkenang kembali peristiwa suka, duka, pahit dan manis yang telah dilalui sepanjang tahun 2010 memandangkan sekarang sudah masuk tahun baru 2011. Cakap soal azam tahun baru. Hmmm...well umur pun dah bertambah lagi satu angka. Jadi aku rasa sekarang aku dah cukup dewasa untuk memasang angan untuk berumah tangga. Kalau orang dulu-dulu umur 22 tahun macam aku sekarang dah ada tiga orang anak kan. Tak salah kalau aku ada azam nak kahwin. Lagipun aku dah ada calon dan kami dah berjanji dalam tempoh enam bulan dari sekarang untuk membuat persiapan perkahwinan kami. Hubungan ini dah dapat green light parents dia. Cuma family aku masih tak tahu. Aku bukan tak nak bagitahu tapi aku tahu ma dan abah tak berapa setuju. Aku kenal sangat la orang tua aku macam mana kan. Mereka tak bantah dan tak pula nak menggalakkan. Ma, abah anakmu nak kahwin pun sebab nak bagi cucu untuk ma dan abah juga. Kesian ma dan abah orang lain dah berderet cucu. Hahaha...padahal aku yang gatal nak kahwin tapi taknak ngaku.

Teringat masa aku mula-mula kenal bf aku tu. Masa tu kitorang kerja kat tempat yang aku rahsiakan atas sebab2 tertentu. Hmmm...mamat ni nak kata hensem tu tak ada la sangat tapi nak jadi partner aku yang tak berapa lawa ni dah kira ok la.. Aku mulanya memang la nothing special bout him. Tapi attention yang dia bagi and the way he treat me tu yang buat aku jatuh sayang tuu..Hihi...pweeet..Dia ni memang gentleman la rasanya semua perempuan suka kot. Masa geng ngan dia memang syok abes laa.. Tak macam sekarang aku sorng2 xde geng. Konon die pergi berjuang untuk negara. Terpaksa juga aku merelakan. Baru 3 bulan berjanji sumpah setia sekarang terkontang kanting aku sorang2. Well aku tak hairan aku tetap simpan janji aku ni tapi dalam masa yang sama aku tetap meneruskan hidup aku seperti biasa. Aku tak nak menaruh sepenuh harapan pada lelaki yang belum tentu akan jadi milik kita. Tapi memang aku akui memang aku dah sayang gila kat dia cuma aku masih belum gila lagi la... Hahaha....

Well salam rindu untuk kekasih hatiku yang amat ku cintai...hehe sori la berjiwang karat kat sini lak..

Monday, January 3, 2011

SEJAUH MANA AKU MAMPU MENUNGGUMU

Hilang mu mungkin kah akan ku temui lagi
Cinta mu kekalkah di dalam hatiku
Janji mu adakah akan tertunai
Mampukah diriku menanti dirimu
Sedangku di tinggal kesepian


Andai kau jujur pada janjimu
Andai kau setia pada cintaku
Andai kau mahu aku
Maka terpaksa aku setia menantimu
Hanya demi cinta ku pada mu...........duhai kekasih ku