DeeP IN My HeaRT
Saturday, March 9, 2013
9 march 2013
Aku betul-betul mengerti macam mana rasa sakit dan derita bila orang yang kita sayang sepenuh jiwa membenci diri ini dan meninggalkan diri aku keseorangan. Aku yang merasa derita yang amat dalam yang tiada siapa pun tahu. Tiada siapa yang mengerti. Sesungguhnya aku begitu ikhlas menyayangi dia sehingga tiada sedikit dendam pun di dalam hati walaupun hati ini hancur berderai. semua harapan impian untuk hidup bahagia hilang tetapi kenapa aku masih bodoh mengharap suatu masa akan tiba saat untuk aku bersama dia lagi. Masih kah aku layak untuk merasa bahagia? Aku sayang dia. Aku sentiasa berharap agar dia berbahagia walaupun hati ini dia tidak pernah peduli lagi. Tetapi aku tahu dia pernah menyayangi aku suatu ketika dulu. Masih adakah ruang di hatinya untuk aku??? Kenapa aku masih mengharap sedangkan dia begitu kejam meninggalkan diriku menyingkirkan aku dari hidupnya. adakah aku masih kuat untuk menghadapi hidup ini???Aku lebih rela mati. tapi ajal dan maut adalah kuasa tuhan. Bagaimana aku nak meneruskan hidup aku lagi sedangkan seluruh hidupku selama ini hanya untuk dia. Kalau dia baca luahan hati ini aku harap dia mengerti apa yang aku rasakan. Aku tetap menunggu dia dan hati aku sentiasa terbuka untuk dia kerana aku insan bodoh yang terlalu menyayangi dia
Sunday, February 24, 2013
24 february 2013
Sakit perasaan sangat berat terasa. Tidak dapat dibayangkan macam mana perit pedih terasa. Bila rindu datang menyapa terasa seperti awan gelap yang tidak segan silu menurunkan hujan sarat yang tidak dapat dibendung. Mencurah-curah dalam kegelapan malam tanpa disedari oleh penghuni lain. Tidak pernah di dalam hati berdetik untuk melupakan tetapi sentiasa segar di dalam ingatn. Biarlah malam sentiasa hujan sebab pelangi akan muncul selepas hujan. Pelangi indah yang pernah dinikmati dulu. Pelangi yang membahagiakan pelangi yang mengasyikan. Pelangi yang sentiasa ditunggu kehadiran. Pelangi yang didambakan. Pelangi yang sama yang menyembuh jiwa.
Tuesday, February 12, 2013
Tentang Seseorang
Tentang seseorang yang sentiasa hadir dalam ingatan dalam fikiran. Melakukan perkara dengan terpaksa adalah sukar. Terpaksa melupakan sesuatu yang indah sesuatu yang kita impikan. Tak mungkin dapat lupakan dengan mudah dan mencipta sesuatu yang baru.
Bila sudah sebati macamana nak diasingkan lagi. Even dah asingkan bau dan warna sebatian masih kekal. Teh dan susu yang telah dibancuh xmungkin dapat diasingkan lagi. Tak mungkin dapat menjadi teh sahaja dan tak mungkin akan tinggal susu sahaja. Luka walaupun sembuh tapi parut masih berbekas. Itu lah tanda sejarah. Yang indah yang manis yang pahit yang perit sentiasa ada dalam ingatan
Bila sudah sebati macamana nak diasingkan lagi. Even dah asingkan bau dan warna sebatian masih kekal. Teh dan susu yang telah dibancuh xmungkin dapat diasingkan lagi. Tak mungkin dapat menjadi teh sahaja dan tak mungkin akan tinggal susu sahaja. Luka walaupun sembuh tapi parut masih berbekas. Itu lah tanda sejarah. Yang indah yang manis yang pahit yang perit sentiasa ada dalam ingatan
Thursday, April 21, 2011
..CITA-CITA
Sekarang dah pun bulan April nak masuk bulan 5 dah. Ada ke patut aku baru ada cita-cita. Pening la aku mencari diri sendiri. Aku pun da tak tahu macam mana. Tapi aku akan berusaha bersungguh-sungguh dan capai cita-cita aku. Tapi kenapa aku begitu konfius dengan diri sendiri?? Konfius dengan kerja dan konfius dengan perasaan. Macam mana aku nak mengatasi masalah ini??
Aku tak kenal siapa diri aku. Dan aku terlalu banyak membiarkan anasir luar menguasai diriku. Bagaimanakah aku sebenarnya??Apa yang aku mahu??Apa yang aku inginkan?? Bagaimana aku mahu mengenali diriku sendiri??Dimana harus ku cari jawapan???
Hidup dalam tekanan perasaan. Tetapi aku masih belum hilang keyakinan diri. Aku masih kuat,mencari kebahagiaan hidup. Apa yang aku inginkan, semoga semua orang berbahagia selamanya. Andai aku bisa membahagiakan orang lain, aku akan bahagiakan diri sendiri. Tetapi bagaimana aku harus
Saturday, April 16, 2011
..HATIKU BERALIH ARAH
Sebab itu lah aku tidak suka berjanji kerana aku tahu janji itu sesuatu yang sangat sukar untuk ditepati. Tapi kenapa semua orang suka berjanji???
Aku juga pernah berjanji dan aku juga sering memungkiri janji semua atas sebab yang datang tanpa dipinta. Hati aku gelisah untuk memilih antara dua. Ya..kenangan lama berulang kembali. Adakah aku akan mengulanginya lagi???
Dulu memang aku sayang dia sangat-sangat tapi kenapa dia tinggal kan aku. Untuk kehidupan yang lebih baik tapi aku???
Aku sangat-sangat tak mengerti..lelaki suka kan perempuan sebab apa??Cinta ka perempuan sebab apa?? Benarkah memang ada cinta sejati. Bila bersama kami sentiasa bertelagah, bertekak tapi akhirnya dia yang akan beralah dulu. Andai dia seorang yang jahat aku tidak mungkin masih boleh menulis di sini. Tapi dia juga bukan seorang yang baik. Tapi kalau dia bukan seorang yang baik mengapa dia jujur dengan perangai buruknya??
Sungguh sukar nak mempercayai lelaki. Memang aku tak kenal dia dan memang susah untuk aku mempercayainya tapi dia membuat aku berfikir..fikir dan fikir. Serius, dia memang hensem, bergaya ada style sedangkan aku??? Hanya gadis biasa. Tapi tak dinafikan aku juga ada ramai peminat. Dan ramai juga la yang kempunan tak dapat aku untuk dijadikan kekasih hati. Tapi aku akui aku bukan seorang yang cantik tapi aku miliki sedikt wajah yang manis mungkin sekadar sedap dipandang. Maaf jika aku tersalah kata.
Sikapnya kadang-kadang menyakitkan hati. Dan sangat menyakitkan. Tapi dia juga sangat menyenangkan. SMS juga menyakitkan. Tapi senyumannye..sangat menggoda. Aku jatuh cinta..HUHUHU....Di depan khalayak ramai dia begitu serius. Jalan tinggalkan aku sendirian tapi dia sangat prihatin bila melintas jalan dia akan dekat dan pimpin tangan ku. So sweet..Dan dia sangat bergaya. Ramai gadis pandang dia tapi dia cool. Cuma aku yang dapat senyuman manis darinya sedangkan gadis lain cuma mampu pandang. Serius..dia juga begitu bangga bawa aku jumpa dengan gadis-gadis yang menaruh perasaan padanya. Dia sangat poyo tapi memang benar.
Tapi sebenarnya sikap kami sama. Kami banyak persamaan. Walaupun kami selalu bergaduh tapi kami masih memahami antara satu sama lain. Tapi yang menjadi masalah sekarang aku juga masih ada lelaki lain yang menyayangi aku. Dan aku sangat bingung bila terpaksa memilih. Aku sangat-sangat tak mengerti. Dan aku juga tidak tahu bila aku akan menjadi diri aku yang matang.
Sunday, March 6, 2011
..OH HATI
Da lama tak post entry baru.. Tak ada cerita best tapi berdasarkan tajuk di atas memang nak cerita soal hati. Mengapa hati terlalu mudah menyayangi,terlalu mudah melupai,terlalu mudah memaafi. Walaupun diri di kelilingi oleh orang-orang yang menyanyangi tapi kadang-kadang hati masih merasa kekurangan. Apakah sebenarnya kekurangan itu?
Nak di jadikan cerita, soal cinta terlalu rumit untuk difahami. Hati amat sukar untuk jujur pada diri sendiri. Sehingga menyebabkan otak mula merasa tekanan jiwa mendapat musibah..
Mencari kepentingan diri disamping menjaga perhubungan sesama manusia. Apa yang penting tetapkan matlamat utama jangan biarkan perkara sampingan menjadi penyebab kegagalan. Belajar lah dari kesilapan.
Wednesday, February 23, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)