Sunday, February 24, 2013

24 february 2013

Sakit perasaan sangat berat terasa. Tidak dapat dibayangkan macam mana perit pedih terasa. Bila rindu datang menyapa terasa seperti awan gelap yang tidak segan silu menurunkan hujan sarat yang tidak dapat dibendung. Mencurah-curah dalam kegelapan malam tanpa disedari oleh penghuni lain. Tidak pernah di dalam hati berdetik untuk melupakan tetapi sentiasa segar di dalam ingatn. Biarlah malam sentiasa hujan sebab pelangi akan muncul selepas hujan. Pelangi indah yang pernah dinikmati dulu. Pelangi yang membahagiakan pelangi yang mengasyikan. Pelangi yang sentiasa ditunggu kehadiran. Pelangi yang didambakan. Pelangi yang sama yang menyembuh jiwa.

Tuesday, February 12, 2013

Tentang Seseorang

Tentang seseorang yang sentiasa hadir dalam ingatan dalam fikiran. Melakukan perkara dengan terpaksa adalah sukar. Terpaksa melupakan sesuatu yang indah sesuatu yang kita impikan. Tak mungkin dapat lupakan dengan mudah dan mencipta sesuatu yang baru.

Bila sudah sebati macamana nak diasingkan lagi. Even dah asingkan bau dan warna sebatian masih kekal. Teh dan susu yang telah dibancuh xmungkin dapat diasingkan lagi. Tak mungkin dapat menjadi teh sahaja dan tak mungkin akan tinggal susu sahaja. Luka walaupun sembuh tapi parut masih berbekas. Itu lah tanda sejarah. Yang indah yang manis yang pahit yang perit sentiasa ada dalam ingatan