Thursday, April 21, 2011

..CITA-CITA


Sekarang dah pun bulan April nak masuk bulan 5 dah. Ada ke patut aku baru ada cita-cita. Pening la aku mencari diri sendiri. Aku pun da tak tahu macam mana. Tapi aku akan berusaha bersungguh-sungguh dan capai cita-cita aku. Tapi kenapa aku begitu konfius dengan diri sendiri?? Konfius dengan kerja dan konfius dengan perasaan. Macam mana aku nak mengatasi masalah ini??

Aku tak kenal siapa diri aku. Dan aku terlalu banyak membiarkan anasir luar menguasai diriku. Bagaimanakah aku sebenarnya??Apa yang aku mahu??Apa yang aku inginkan?? Bagaimana aku mahu mengenali diriku sendiri??Dimana harus ku cari jawapan???

Hidup dalam tekanan perasaan. Tetapi aku masih belum hilang keyakinan diri. Aku masih kuat,mencari kebahagiaan hidup. Apa yang aku inginkan, semoga semua orang berbahagia selamanya. Andai aku bisa membahagiakan orang lain, aku akan bahagiakan diri sendiri. Tetapi bagaimana aku harus

Saturday, April 16, 2011

..HATIKU BERALIH ARAH


Sebab itu lah aku tidak suka berjanji kerana aku tahu janji itu sesuatu yang sangat sukar untuk ditepati. Tapi kenapa semua orang suka berjanji???

Aku juga pernah berjanji dan aku juga sering memungkiri janji semua atas sebab yang datang tanpa dipinta. Hati aku gelisah untuk memilih antara dua. Ya..kenangan lama berulang kembali. Adakah aku akan mengulanginya lagi???

Dulu memang aku sayang dia sangat-sangat tapi kenapa dia tinggal kan aku. Untuk kehidupan yang lebih baik tapi aku???

Aku sangat-sangat tak mengerti..lelaki suka kan perempuan sebab apa??Cinta ka perempuan sebab apa?? Benarkah memang ada cinta sejati. Bila bersama kami sentiasa bertelagah, bertekak tapi akhirnya dia yang akan beralah dulu. Andai dia seorang yang jahat aku tidak mungkin masih boleh menulis di sini. Tapi dia juga bukan seorang yang baik. Tapi kalau dia bukan seorang yang baik mengapa dia jujur dengan perangai buruknya??

Sungguh sukar nak mempercayai lelaki. Memang aku tak kenal dia dan memang susah untuk aku mempercayainya tapi dia membuat aku berfikir..fikir dan fikir. Serius, dia memang hensem, bergaya ada style sedangkan aku??? Hanya gadis biasa. Tapi tak dinafikan aku juga ada ramai peminat. Dan ramai juga la yang kempunan tak dapat aku untuk dijadikan kekasih hati. Tapi aku akui aku bukan seorang yang cantik tapi aku miliki sedikt wajah yang manis mungkin sekadar sedap dipandang. Maaf jika aku tersalah kata.

Sikapnya kadang-kadang menyakitkan hati. Dan sangat menyakitkan. Tapi dia juga sangat menyenangkan. SMS juga menyakitkan. Tapi senyumannye..sangat menggoda. Aku jatuh cinta..HUHUHU....Di depan khalayak ramai dia begitu serius. Jalan tinggalkan aku sendirian tapi dia sangat prihatin bila melintas jalan dia akan dekat dan pimpin tangan ku. So sweet..Dan dia sangat bergaya. Ramai gadis pandang dia tapi dia cool. Cuma aku yang dapat senyuman manis darinya sedangkan gadis lain cuma mampu pandang. Serius..dia juga begitu bangga bawa aku jumpa dengan gadis-gadis yang menaruh perasaan padanya. Dia sangat poyo tapi memang benar. 

Tapi sebenarnya sikap kami sama. Kami banyak persamaan. Walaupun kami selalu bergaduh tapi kami masih memahami antara satu sama lain. Tapi yang menjadi masalah sekarang aku juga masih ada lelaki lain yang menyayangi aku. Dan aku sangat bingung bila terpaksa memilih. Aku sangat-sangat tak mengerti. Dan aku juga tidak tahu bila aku akan menjadi diri aku yang matang.


Sunday, March 6, 2011

..OH HATI


Da lama tak post entry baru.. Tak ada cerita best tapi berdasarkan tajuk di atas memang nak cerita soal hati. Mengapa hati terlalu mudah menyayangi,terlalu mudah melupai,terlalu mudah memaafi. Walaupun diri di kelilingi oleh orang-orang yang menyanyangi tapi kadang-kadang hati masih merasa kekurangan. Apakah sebenarnya kekurangan itu?

Nak di jadikan cerita, soal cinta terlalu rumit untuk difahami. Hati amat sukar untuk jujur pada diri sendiri. Sehingga menyebabkan otak mula merasa tekanan jiwa mendapat musibah..

Mencari kepentingan diri disamping menjaga perhubungan sesama manusia. Apa yang penting tetapkan matlamat utama jangan biarkan perkara sampingan menjadi penyebab kegagalan. Belajar lah dari kesilapan.

Wednesday, February 23, 2011

..APA PERLU AKU BUAT



Saturday, February 19, 2011

..APAKAH KAU MASIH CINTA

Tak pernah ku pinta untuk bertemu dengan mu
tapi kau hadir mengetuk pintu hatiku
lalu ku memberi ruang
untuk kau bertapak teguh 

lalu ku sandarkan harapan
kau lah cintaku sampai mati
kau juga sama
menyayangiku setulus hati
namun andai takdir ingin menguji
sejauh mana cinta kita
seteguh mana perasaan
sesuci mana percintaan

kau mula menghilang
jauh dariku
hanya janji ku pegang teguh
menanti kembalinya dirimu
disini ku menyemai rindu
hanya padamu
kerana ku percaya
tuhan hanya ingin menduga sejauh mana
kejujuran,keihlasan

aku menghitung hari
tidak pernah berhenti berharap
suatu saat kita tetap bersama
tidak pernah berpisah lagi
sesungguhnya aku amat merinduimu
kau lah priaku......


Friday, February 18, 2011

..LOVE STORY

Dulu masa belum ada boyfriend selalu aim nak lelaki yang baik hensem kacak kaya la putih la romantik la...tu sebab kita tak tahu apa erti cinta always nak yang perfect...nobody perfect in this world..
if dapat yang hensem belum tentu kaya, if dapat yang kaya tapi kedekut pula.. pendek kata tetap ada kelemahan..
based my experience.. aku tak demand macam2 pun and of course la semua ex bf aku ni starting dengan persahabatan. That why la ramai orang cakap kalau bersahabat berlainan gender berakhir sama ada dengan percintaan atau berakhir dengan perpisahan..
kalau nak kira kawan aku ada lah cuma beberapa orang jer.. kawan dekat kelas and kawan dekat rumah..so kawan sekadar teman berbual, teman makan,teman belajar..setakat itu saja lah..tapi syukur ada juga orang yang nak jadi kawan aku..berbalik pada teman berlainan gender..actually aku ni jenis yang free life and easy going..so sesiapa yang datang dekat pasti akan jadi fren la..tapi betul kah seorang lelaki akan benar2 perlukan sahabat perempuan?i dont think so..mungkin ada niat lain tapi siapa yang tahu kan..
masa first kapel dulu camtu la mula2 kawan pastu i love u n u love me tapi lama2 perasaan tu hilang dengan sendirinya bila da jauh kan
yang kedua ni rockers..dia memang suka aku dari first time jumpa lagi..tengok muka aku x berkelip..tah ape yang dia fikir..yang ni memang gentleman tapi kurang enak sebab die ni younger than me 2 years babe..not my taste..tapi maturity lebih dari aku yang da tua ni..aku layan macam kawan jer sebab nothing special yang aku rasa tentang dia..dia ni ala2 punk juga la rambut tegak jer masa mula jumpa..esok2 jumpa lagi rambut da potong..aku tanya la dia "eh,mane rambut semalam" dia gelak jer tau la kena perli. hehe...so tiap2 hari jumpa aku tetap anggap dia kawan jer well dia terus terang cakap suka tapi aku layan jer tp tak pernah pulak aku cakap sayang kat dia..seronok kawan dengan dia ni..dia kalau datang jumpa selalu bawa geng bukan sorang 2 tapi 5 6 orang. dia ni da macam taiko so aku ni kawan2 dia respek la siap kakak lagi..syok tau kalau lepak meriah jer pastu kalau ada perempuan tengok mesti jeles diorang semua lelaki aku sorang jer perempuan..tu la kelebihan jadi awek taiko haha..tapi tak lama pun sebulan pastu balik dekat ex bf..namanya  jer taiko tapi leleh babe..first time tengok lelaki nangis..kejam ker aku?aku tak pernah cakap aku suka tapi aku layan macam aku ada hati juga la..memang ada hati tapi sikit2 jer la..hehe...so aku pun lupakan dia..letih gak ari2 geng dia ni call tanya itu tanya ini nape tinggalkan bos diorang...ha jawab la sendiri..affair ngan bos samseng nak mampus agaknye..nasib dia jenis samseng yang budiman tak buat apa2 pasrah jer kena tinggal..sori babe lukakan hati u..i tak bermaksud macam tu juz we does not mean together..
well...ending la kat situ..tapi kadang2 dia still call juga tanya kbr and aku layan macam kawan la no more than that..
so..aku kembali bercinta jarak jauh dengan bf lama..bercinta la bagai nak rak hphone da macam nyawa la masa tu. then aku berhijrah la ke tempat lain. Pastu aku kenal dengan beberapa orang lelaki well mula2 memang la kawan pastu nak declare kapel la plop..so da tak minat terus terang la aku cakap kat diaorang aku da ada yang special da so if nak kawan aku no problem more than that cannot la..so diorang terima hakikat and lama2 hilang camtu jer..nak dijadikan cerita berkawan rapat lak dengan sorang mamat ni..bf aku yang sekarang ni la..nama dia fareez. nak kata kacak tak juga tapi sedap mata memandang la sama macam aku juga la xcantik tapi tak jemu memandang..ewah puji diri sendiri lak..so at the first sight memang xde ape perasaan cuma perasaan nakal nak mengusik so saje jer senyum wat muka comey..konon la..tapi dia wat muka selambe jer balas senyum gitu jer..eh die ni bukan senang aku nak senyum kat orang x dikenali. so macam tu laaku pun tak tau apa yang special sangat aku pada dia sampai dia beria nak kat aku walaupun aku da gitau aku da ada bf tapi dia still xnak tinggalkan aku..sampai la hati aku yang sentiasa lemah dengan godaan ni pun terjatuh sayang lak kat dia..nak wat macam mana kalau da jodoh kan elak macam mane pon dia tetap datang pada kita..so sekali lagi aku jadi kejam mengecewakan hati lelaki yang benar2 sayang aku dengan ikhlas yang banyak berkorban. Pada encik rizal saya minta maaf saya tak boleh halang perasaan cinta pada insan yang sentiasa dekat di hati ni..maafkan aku yer..aku memang sayang kat dia tapi aku sayang fareez more than that nak wat macam mana.. So sekarang ni rasanya aku da tak nak dah jatuh cinta pada siapa2 dah..aku nak belajar setia pada orang yang aku sayang..jadi pada cik abang aku AHMAD FAREEZ...cepat la balik sy rindu gila kat awk tau..


Thursday, February 17, 2011

..JUST THE WAY YOU ARE

Oh her eyes, her eyes

Make the stars look like they're not shining
Her hair, her hair
Falls perfectly without her trying



She's so beautiful
And I tell her every day



Yeah I know, I know
When I compliment her
She won't believe me
And it's so, it's so
Sad to think she don't see what I see



But every time she asks me do I look okay
I say



When I see your face
There's not a thing that I would change
Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile,
The whole world stops and stares for awhile
Cause girl you're amazing
Just the way you are



Her nails, her nails
I could kiss them all day if she'd let me
Her laugh, her laugh
She hates but I think it's so sexy



She's so beautiful
And I tell her every day



Oh you know, you know, you know
Id never ask you to change
If perfect is what you're searching for
Then just stay the same



So don't even bother asking
If you look okay
You know I say



When I see your face
There's not a thing that I would change
Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile,
The whole world stops and stares for awhile
Cause girl you're amazing
Just the way you are



The way you are
The way you are
Girl you're amazing
Just the way you are



When I see your face
There's not a thing that I would change
Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile,
The whole world stops and stares for awhile
Cause girl you're amazing
Just the way you are
Yeah-eah 

..WHAT THE REASON FOR LOVE


What story today is funny but not really funny.....
If someone falling in love with u seriously what they have done to get u?

Based on my experience, a man tell me he like me...why? Coz i look different to other girls in that room...
so...IN THAT ROOM.....but so many people outside that much better than me and with that reason he maybe leave me for a better girl..So how can i said it is a love..

BUT....each couple always ask this question to their partner..WHY YOU LOVE ME?
the anwers always like this...


1. no reason for love
2. you understand me
3. you make me happy
4. we meant together
5. and so on laaa......

The anwer that i got when i ask my boyfren..

"i dont care what other look at you or what other said about you i love u because although others look you have nothing but for me you have everything..your spirit is stronger than me and other people, you very independent, you look childish just to cover your advantage your maturity thinking, you always trust yourself, you look weak but you actually strong and brave enough...you always smile, you always laugh but actually i know you so lonely...
BUT compare to me either people look me perfect, im strong i have everything...BUT I HAVE NOTHING COMPARE TO YOU...."

Well i like that answer but its  not a reason for me to love him too...
What are you think when a guy treat you like a baby....
when eat together he ask me to eat first
 when walk together he never let me far away
when i disappeared he became afraid look for me everywhere and said never leave me again
everyday he want to be with me
he special to me...


BUT DONT TRUST PEOPLE EASILY
DONT TRUST LOVE
DONT TRUST MAN


BECAUSE HE MIGHT ALSO BELONG TO SOMEONE ELSE...



Tuesday, February 15, 2011

..KALAU AKU JADI JUTAWAN

 Waa...best juga kadang-kadang berkhayal mana la tahu suatu hari nanti jadi real kan. Apa masalahnya...

Andai la ada orang murah hati nak bagi ...aku boleh mati kesukaan agaknya..haha mata duitan betol la aku kan. Well aku da plan da duit tu nanti nak wat ape...Tengok apa yang aku sempat list ni...

1. buka syarikat komunikasi jalur lebar yang tiada had..kalo boleh nak ada satelit sendiri....woooo...kelas gitu
2. nak wat rumah yang seluruhnya bercermin..boleh memantulkan cahaya and sekaligus boleh jana tenaga solar halaman rumah yang kehijauan pokok bunga cket2 da la yang penting ada pokok mangga pokok rambutan mata kucing and macam2 lagi la jenis buah-buahan sebab aku gila buah...em ada taman khas untuk tanamah bersuhu rendah macam strawbery ker,tomato yang ala2 cameron highland tu...waaa...syok gila ah..
3. aku nak ada butik sendiri sebab kalau tengok baju2 kat kedai selalu je x menepati citarasa aku..kalau ada butik sendiri t aku suruh orang design baju ikut apa yang aku nak..kan syok macam tuu....huuu
4. well...memandangkan aku jenis yang tak suka dok diam jadi aku nak tiap2 bulan g travel seluruh dunia semua tempat yang best aku tengok and kalau tempat tu aku suka aku nak pergi berkali-kali..tapi aku xnak g sorang aku nak g ngan orang yang aku sayang baru la best kan...hehe...
5. Seterusnya aku ni hantu juga...hantu pada bende2 mewah cantik sofiskated dan macam2 la..nama pon materialistik kan...jadi semestinya aku da aim nak ada macam2 jenis kereta tau ferrari,pegeout,and pesona...hehe..aku ni tetap bangga dengan jenama negara kita..
6. Eh...lupa pula aku kan ada family so aku nak rumah aku tu tinggal semua seluruh ahli keluarga. ma,abah,abang,isteri abang,anak2 abang,kakak,suami kakak,anak2 kakak,adik2 and kalau diorang nak bawa kawan2 diorang sekali pun aku xkisah langsung..janji rumah tu meriah..haha masuk sekali la dengan family ipar duai..hari2 ada pesta kalau macam tu kan...wat negeri sendiri..best arr macam ni..
7. aku nak semua orang jadi kaya raya...aku akan jadi pembekal modal kepada orang yang tak berkemampuan...baik hati konon..eleh..

memang la aku harap semua orang hidup aman damai tiada iri hati bersaing secara sihat berusaha ke arah kebaikan saling tolong menolong hidup aman damai ke akhir hayat..kan tenang je macam tu...itu la negeri yang aku harapkan..aku nak cuba wujudkan tapi kena la ada kesedaran dalam diri setiap insan sebab bagi aku kekayaan hendaklah dikongsi sama rata hidup penuh kasih sayang tiada nilai negatif hanya ditemani senyuman...


Sunday, February 13, 2011

..AKU RINDU NAK BERSOSIAL

Wooo...da lama wa x lepak2 dowh rindu nyer..rndu kat member2 kat ipoh teringat lak mase makan kat dataran..sedap dowh makan lewat malam ngan member2..rindu ar nak ulang balik sejarah silam..time tu paling indah hidup aku xde nak pening2 kepala. syok jerrr memanjang...skang da xkuar malam sejak pindah balik negeri ni dilarang bersosial lak ape leh wat. geng sekepala pun xde jumpa lagi ni..

kat sini member2 pmpuan semua jenis sopan mane ader yang suka lepak malam2 aku je pembawa wabak tapi tak cukup kuat sebaliknye aku yang x di kasi kua..sempit otak tol...tapi kalo aku kua lepak sorg2 mlm2 x sihat lak orang tengok da la aku ni pompuan comey lak tuh...hiii konon la comey

Mak aihh....rndunya nak bersosial..nak rasa angin malam..nak tengok cahaya lampu...nak bergelak ketawa....bila lagi aku dapat rasa macam ni yer...

xpe la nak wat macam mana ok juga life aku skg ni selamat dan terlindung...kat luar kan terdedah pada bahaya aku ni kan pmpuan kne la jga keselamatan elakkan tempat yang terbuka.....

wooo...tah ape merepek ni...x sihat agaknya...haaaa....waa chaw lu ahhh
daaaaa.............

Thursday, February 10, 2011

..FEEL GOOD

Hai all..........
Hari ni rasa macam tak sabar nak menaip kat sini. Bukan apa cuma nak share sesuatu yang positif. Ada orang yang terlalu ikutkan perasaan, mudah marah dan seumpama dengannya. Then kita compare dengan someone yang cool, relax, smile always. Jadi saya cuma nak kita fikir and apa perception kita berdasarkan dua perwatakan di atas.

So yang mana lebih positif? Yang mana positif kita boleh ambil dan yang mana negatif kita boleh ambil jadikan iktibar..

Well, actually tadi masuk kelas motivate intructor buy Gary motivator from KL. So far i really enjoy his class and i juz thinking what have i done before and what should i do for the future. I learn more from him and all my friends. The all always build positive thinking for myself. I feel lucky coz i found the correct place  i believe that is the first point to start my new life. 


Feel good always start from smile....everything good start from smile so smile always and we will see all positive thing in ourselves.


Tapi i not feel very good today coz i sakit. i feel a little tired but i dont want to be a weak people.


I must strong.. World today so hard we must realize. 

I want be my new myself for my family and my lovely abang...


Last but not least, plez dont laugh coz of my broken english language...


Smile always...daaa



Wednesday, February 9, 2011

..CELARU

Otak sekarang da x le nak berfungsi dengan betol daa..apa masalah yang melanda diriku ini??

Semalam masa kat traffic light sekali pandang aku tengok dari belakang macam bf aku daa. Macam nak jatuh jantung aku tak kan la dia balik tak bagitahu aku. Pastu bila  pandang muka eh orang lain la. Wat terkejut jer la.

Pastu tadi aku pegi temankan kawan aku ni beli berus gigi sebab berus gigi dia tertinggal kat rumah mak dia. Semalam dia balik rumah mak dia hari ni satu ari dia tak gosok gigi. Tak senonoh punya kawan.
HAHAHA...!!!

Nak citernye.. Masa kat pintu masuk Pantai Timur sekali lagi aku nampak mamat yang macam bf aku.. Confuse aku seketika. Tapi cepat-cepat aku ingatkan diri aku itu bukan dia. Dia yang aku rindu tak mungkin ada kat situ. Maknanya aku ni gila bayang ker??? Argh.. x mungkin laa..

Da lama betol lost contact ngan bf aku da dekat 3 bulan juga la tak sms tak call nak wat macam mana dia tengah training..nak jadi tentera konon..ikut suka dia laa. tapi aku lak yang jadi mangsa kena tinggal sorang2 tak pe bukan laki aku lagi..kan3

Abah da cakap awal2 tak payah la nak ada relationship ngan askar..susah nanti tapi nak wat macam mana dulu masa first kenal dia bukan tentera. Sekarang baru jadi tentera. Tak nak kasi dia jadi tentera umi n abah dia pula yang nak dia jadi tentera.. Anak tentera kan..ikut jejak langkah bapak.
Tah la apa penghujung kisah kami ni aku pun malas da nak fikir banyak2.

Aku pun da penat sangat hari ni aku pun tak tau kenapa mungkin sebab tak cukup tidur atau tah laa..berpinar-pinau je rse biji mata pinggang pun da sakit2 macam orang tua la plop..Adeii...

Ok laaa...tak larat da rasa.. Nak tido awal malam ni..


Monday, February 7, 2011

..HATI ORANG BUKAN HATI AYAM



Apahal tajuk entry ni pelik semacam jer?? Tak tau tak tau
Actually nak bagitahu ni manusia ni pelik-pelik jer kan
kalau kita cakap betul benda yang reality sebenar dia cakap kita mereka-reka cerita
tapi kalau yang sah2 karut diorang g percaya 100%..Al-hairan betol la.
CONTOH....
Memang betol kita berada dalam negara berdemokrasi tiada paksaan untuk memilih kan..
tapi bukan nak cerita hal politik..
OPSS....politik jangan main sensitif doww...
OK..berbalik pada cerita asal...nak kata orang kita bodoh tak...tapi kalau pandai sangat
kan...kenapa la ramai juga antara rakyat kita ni percaya pada gores n menang pada skim cepat kaya..
benda tu semua sah-sah la salah disisi undang2 n salah disisi agama..tapi ramai juga yang jadi mangsa..
kesian...

Al-hairan sekali lagi...pelbagai unit trust berdaftar yang lebih selamat dan menguntungkan..dari bank yang besar-besar diorang tak percaya pula..tak celik ekonomi betol la rakyat kita ni...tak paham laa..
Da la ekonomi kita sekarang ni semua harga barang da naik tapi gaji tak juga naik2...
pandai2 la kita berbelanja nak survive hidup..
kita ni hidup bukan untuk sehari dua tapi seumur hidup kita..nak tanggung family kita lagi
kalau kita tak tingkatkan ekonomi kita sekarang cuba fikir la macam mana kita nak survive untuk 10 tahun akan datang...tak payah tunggu 10 tahun la...tengok lah...dalam 2 ke 3 tahun akan datang banyak yang akan berubah..bende-bende yang simple pun caj mahal...contoh: parking n tandas..
pun da naik harga kot...tah laaaaaa....nak cari makan kan

Jadi nasihat saya kepada readers, if yang sudi nak baca la kan...haha
xnak baca xpe jer....
cari la perunding kewangan untuk anda menguruskan kewangan anda secara berhemah..sebab biasanya pengurus kewangan boleh berikan perkhidmatan yang sesuai dengan pendapatan dan simpanan anda..

Semoga kita semua fikir apa akan jadi nanti pada dan adakah kita bersedia mengikut arus...tapi hati-hati jangan ada yang karam pula...

Sunday, February 6, 2011

..VIRUS M

Adus....
Da lama da virus m ni da melekat dalam diri aku
5 ari aku cuti 5 ari juga la dia bermaharajalela
da try macam2 ubat da
kuat sungguh virus m dalam badan aku ni
huhu...

Tak tau la cane nak bunuh virus m ni
cam mane nak terminatekan die
heran btol laa aku....
tah sape la yang bawa wabak ni
setahu aku dalam rumah aku tak ada yang kena 
virus m ni kecuali aku je la
pagi-pagi lagi virus m menyerang aku
sampai la abes cuti aku..
ni ha assignment aku tak siap lagi ni
nak tau sebab ape???
sebab virus m ni laa..........

Sakit betol laaa.
t apa aku nak jawab dengan kakak-kakak mentor
tugasan tak siap ni
kalau virus m menyerang lagi macam mane???

Alaaa...tolong arr bagi vaksin 
aku xlarat arr
virus m ni makin kuat la...
tolongggg..
mak..

Keje banyak lagi tak siap
Tapi virus MALAS ni banyak sangat daaa
HUHUHU....

Kawan-kawan jangan biarkan ViRUS M (Malas) menguasai diri...


Saturday, February 5, 2011

..LOADING............



Nak dijadikan topik hari ini entah kenapa hati macam anti je tengok perkataan loading. Da la tunggu punya la lame pastu xle review picture lak. Kenapa jadi macam tu?? Internet aku slow or page korang yang over load??
Oppss....sorry bukan nak mengata..
Well...mase korang buka page aku lambat juga ke ek?Ada ke cara nak atasi masalah ni??
Sape2 yang expert tu leh la share2 ek..
SHARING IS CARING bro..
Kita kan 1 Malaysia
PM pun hantar email 1 Malaysia
Terharu beb...
Tapi kan adalah la juga tersentuh rasa hati
Dah la loading fail pastu try right click
nak reload kan..mane tau second time boleh lak
Alek-alek kena marah lak...
HUHUHU.......
Tak terlintas pun dihati yang suci tulus dan mulus ini untuk mengcopy paste article or picture korang..
Well....enjoy berblogging yer kawan-kawan semua..



..VIVA ELITE PUJAANKU






Cun gle Viva elite ni da lama mengidam still tak dapat. Tak lama lagi dapat la kot. INSYAALLAh..
Dengan warna macam ni nampak exclusive la  memang aku tak dapat tidur malam.
Asyik terfikirkan viva ni je.Memang cun gila. Sekarang ni sape dapat bagi aku viva elite sebiji macam ni aku rela kahwin dengan orang tu.
Kalau aku dapat ni tengok la makan tidur aku pun bersama dengan viva elite ni.
Oh viva pujaan hatiku bilakah kau nak datang pada ku aku sangat menyayangimu..
huhuuhu....
First aku nak viva pastu dah ada income lebih nanti boleh la ushar-ushar vios lak.
Mantap ah. Yang penting sekarang kena fokus untuk dapatkan viva.
Kau tunggu la..Aku bakal menjemput mu untuk menjadi teman hidupku wahai viva pujaan hatiku.






# pic ni sume dapat dr google...pinjam yerr...thanks mr google




Friday, February 4, 2011

..KEWAJIPAN HIDUP



Dalam mengejar keduniaan ramai yang terlupa akan tanggungjawab kepada ALLAH SWT yang telah mencipta segala kejadian. Ramai yang hilang arah tujuan bila cita-cita tidak tercapai. Tidak merujuk kepada sesiapa tetapi sebagai peringatan kepada diri sendiri. Well, aku akui aku sentiasa menemui kegagalan dalam hidup. Dalam pelajaran, dalam percintaan tidak pernah sampai ke penghujung. Tetapi aku dianugerahkan dengan sebuah keluarga yang penuh kasih sayang. Ma dan abah yang sentiasa memahami dan menyokong segala keputusanku. Apa lagi yang lebih berharga dari ini. Allah Maha Adil. Di mana ada kekurangan masih ada kelebihan di suatu bahagian yang lain. Apa yang penting luaskan pemikiran kerana sebagai hamba Allah kita mesti yakin akan ada tempat untuk orang yang berusaha. Sentiasa muhasabah diri. Carilah di mana kekurangan dalam diri dan cuba atasi nya. Berusaha lah ke arah kebaikan. Berdamping lah dengan orang yang boleh membawa kita ke arah kebaikan. Janganlah berasa penat menuntut ilmu. Ilmu akan dibawa hingga akhir hayat.


Aku percaya masa depan aku masih cerah. Demi ma dan abah yang aku sayangi yang aku kasihi yang aku hormati hingga akhir hayatku..aku akan berusaha sehingga berjaya dan berjasa kepada ibubapa keluarga dan bangsa. Apa yang aku impikan dalam hidup bukan suatu yang sukar. Aku hanya dambakan kasih sayang kerana aku tidak sanggup terus hidup sendirian dan kesepian. Aku ingin sentiasa bersama keluarga tapi jiwa ku seorang yang berdikari. Aku sanggup menempuh hidup sendirian tanpa ibu bapa di sisi jauh dari keluarga tanpa kawan sekepala demi mencapai cita-citaku. Cita-citaku tidak tinggi. As long aku dapat buat ma dan abah bangga dengan pencapaian aku..sudah cukup. As long aku dapat membahagiakan ma dan abah. Sesungguhnya hanya ma dan abah insan pertama di hatiku. 


Demi untuk membanggakan ma dan abah,aku sanggup bersusah payah, aku sanggup menahan lapar,aku sanggup berpeluh, aku sanggup menempuh dunia luar yang begitu kejam bagiku. Aku sanggup semuanya asalkan aku dapat buktikan pada ma dan abah yang aku akan berjaya. Apa saja bidang yang aku ceburi aku yakin. Aku akan berjaya demi ibu bapaku.


Ahmad Farees Ahmad Fuad...insan istimewa yang bertakhta dihatiku. Sudah lebih sebulan aku tak dapat berkomunikasi dengannya. Rindu hatiku pada dia hanya tuhan saja yang tahu. Aku masih setia menunggu sampai ke saat ini kerana aku benar-benar menyayangi dia. Dan aku juga yakin dia juga menyayangi aku sepertimana juga aku. Aku hanya berdoa agar dia senstiasa sihat dan tidak lupa tanggungjawab kepada tuhan. Andai ditakdirkan jodoh kami kuat dia lah bakal menjadi nakhoda. Aku sentiasa berdoa agar ditemukan lelaki yang boleh membimbing aku ke jalan yang diredhai. Walaupun aku bukan wanita yang sempurna aku akan sentiasa berusaha membaiki diri. Aku sedar aku terlalu lemah dalam semua perkara. Semoga dia adalah lelaki itu. 


Semoga aku akan mendapat kejayaan demi insan-insan yang amat aku sayangi.

Sunday, January 30, 2011

..OUR REAL LIFE

We were given two hands to hold
Two legs to walk
Two eyes to see
Two ears to listen
But why only one heart?
Because the other one
Was given to someone for us to find


I believe the one will come to my life and make me happy, make me know the meaning of love, make me miss him never stop, make me always hope to be together with him.

But in my real life once i have that feeling...someone who always spent time for me,make me smile,make me laugh and also make me cry.

I think the he hold the other one of my heart. The one that i never think i will fall in love but now i really fall to him. And i just hope one day he will come to me and hug me and the most important he never leave me again because i dont want to lose the other one of my heart.

I LOVE U

I REALLY MISS U

Saturday, January 29, 2011

..PLAN JAN-JUNE 2011

1. Nak miliki kereta viva warna merah..mesti cute kan
2. Nak simpan duit banyak-banyak untuk modal kahwin. Kalau boleh nak buat majlis besar-besaran. Sebab aku  kerja dengan orang besar nanti apa kata diorang pula kalau tak jemput.
3. Nak dapatkan stable income so aku boleh tolong family aku. Aku nak ma dan abah bangga dengan aku sebab selama ini aku sangat degil dan tak pernah dengar nasihat mereka. Aku cuma ingin berjaya dalam hidup dengan cara aku sendiri. Aku akan pastikan family aku bangga dengan aku nanti.
4. Aku juga nak keluarga bakal husband aku pun bangga dengan aku. Aku nak adik-adik semua hormati aku sebagai kak long mereka. Aku akan buktikan pada semua yang aku akan berjaya denagn jalan yang aku pilih sekarang ini. Kenapa aku yakin??Kerana tempat kerja baru aku ni,denagn orng di sekeliling aku dan semangat aku yang kuat aku akn berjaya suatu hari nanti.
5. Aku dah tanam dalam diri aku yang aku akan sentiasa mendekatkan diri pada tuhan.
6. Aku nak jadi diri aku yang baru. Aku tak nak berada di takuk yang sama walaupun bidang ini amat sukar dan mencabar aku sanggup tempuhi jua sebab aku dah nekad nak tingkatkan ekonomi aku dan hidup seperti orang di alaf baru. Aku harap bakal suami aku yang aku setia tunggu kepulangannya akan bangga denagn perubahan yang akan aku bawa nanti. Hati aku tak pernah berubah setia mencintainya.
7. Aku nak perubahan aku nanti akan membahagiakan ma dan abah. Sesungguhnya aku sangat menyayangi ma dan abah dan semua ahli keluarga ku. Aku cuma nak berbakti pada keluarga aku dan keluarga bakal suamiku yang aku dah anggap macam keluarga aku sendiri.

AKU NAK BERJAYA..


INSYAALLAH

Friday, January 14, 2011

...DIMANA ORANG KAYA BERADA?????

Saya nak berkenalan dengan orang kaya...Saya bukan nak harta mereka tapi saya nak tolong mereka menjadi bertambah kaya. Ada caranya terlalu mudah sahaja.
Sesiapa yang berminat boleh la menghubungi saya. Mereka yang berada di sekitar negeri kelantan amat di galakkan.

Ini adalah perkara benar bukan tipu dan bukan sekadar paparan sahaja.
sekian.........

Monday, January 10, 2011

...RINDU

rindu awak sangat2
awak buat apa?
kenapa awak tak call saya?
awak tak rindu saya kew?
sampai hati awak wat saya macam ni...
saya setia tunggu awak
setiap ari saya ingat awak
tapi awak tak ingat saya pun
awak suruh sy tgu awak
tp sampai bila saya kena tgu awak
sy memang sayang awak
awak pun cakap awak sayang saya
tapi betol ke??????

Sunday, January 9, 2011

..Kawan-kawan pernah merasa susah??

Nak cerita untuk sekadar pberkongsi pengalaman. Kepada kawan-kawan yang sedang menganggur dan mencari kerja sesungguhnya bukan perkara yang senang. Mungkin tiada masalah bagi sesetengah orang tetapi turut memberi tekanan yang besar kepada kebanyakan kita terutama yang terikat dengan tanggungjawab kepada keluarga.

Sebagai seorang yang nak melangkah ke alam kerjaya kita hendaklah ubah personaliti diri menjadi seorang yang matang dan profesional. Bukan sesuatu yang mudah sebenarnya.. Tetapi apa yang paling penting  jangan mudah putus asa. Aku masih berusaha demi masa depan aku dan juga keluarga aku. Hendak mencapai kejayaan terlalu banyak memerlukan pengorbanan. Kadang-kadang aku turut berasa dunia tidak adil mengapa orang lain tidak perlu melalui kesusahan ini tetapi fikiran waras aku berkata setiap orang ada kehidupan masing2. Kita perlu mencorakkannye maka kita perlu berusaha keras.

Memang kadang sangat penat untuk meneruskan kehidupan ini lebih2 lagi tanpa orang tersayang di sisi hidup terasa sunyi dan tak bermakna. Tapi kita harus ingat sebenarnya kita tidak pernah sendirian. Kita ada tuhan yang Maha Esa. Allah sentiasa bersama hambaNya. Kepada sesiapa yang mengalami kesusahan usah lah mudah berputus asa. Setiap orang akan mengalami masalah tetapi harus di ingat macam mana cara kita mengatasinya. Sewajarnya kita terus berusaha dan jangan mudah mengalah dan sentiasa la meminta kepada yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Friday, January 7, 2011

..azam tahun baru

Sekarang sudah tiba musim banjir hujan turun tanpa henti untuk beberapa hari. Semalam, semalam sebelum dan beberapa hari yang lepas hujan tetap turun melimpah di permukaan bumi yang semakin hari semakin mencapai usia tua.

Seperti biasa musim hujan ni merupakan musim untuk berhibernasi. Makan dan tidur wah nikmat sungguh. Mula la fikiran punterkenang kembali peristiwa suka, duka, pahit dan manis yang telah dilalui sepanjang tahun 2010 memandangkan sekarang sudah masuk tahun baru 2011. Cakap soal azam tahun baru. Hmmm...well umur pun dah bertambah lagi satu angka. Jadi aku rasa sekarang aku dah cukup dewasa untuk memasang angan untuk berumah tangga. Kalau orang dulu-dulu umur 22 tahun macam aku sekarang dah ada tiga orang anak kan. Tak salah kalau aku ada azam nak kahwin. Lagipun aku dah ada calon dan kami dah berjanji dalam tempoh enam bulan dari sekarang untuk membuat persiapan perkahwinan kami. Hubungan ini dah dapat green light parents dia. Cuma family aku masih tak tahu. Aku bukan tak nak bagitahu tapi aku tahu ma dan abah tak berapa setuju. Aku kenal sangat la orang tua aku macam mana kan. Mereka tak bantah dan tak pula nak menggalakkan. Ma, abah anakmu nak kahwin pun sebab nak bagi cucu untuk ma dan abah juga. Kesian ma dan abah orang lain dah berderet cucu. Hahaha...padahal aku yang gatal nak kahwin tapi taknak ngaku.

Teringat masa aku mula-mula kenal bf aku tu. Masa tu kitorang kerja kat tempat yang aku rahsiakan atas sebab2 tertentu. Hmmm...mamat ni nak kata hensem tu tak ada la sangat tapi nak jadi partner aku yang tak berapa lawa ni dah kira ok la.. Aku mulanya memang la nothing special bout him. Tapi attention yang dia bagi and the way he treat me tu yang buat aku jatuh sayang tuu..Hihi...pweeet..Dia ni memang gentleman la rasanya semua perempuan suka kot. Masa geng ngan dia memang syok abes laa.. Tak macam sekarang aku sorng2 xde geng. Konon die pergi berjuang untuk negara. Terpaksa juga aku merelakan. Baru 3 bulan berjanji sumpah setia sekarang terkontang kanting aku sorang2. Well aku tak hairan aku tetap simpan janji aku ni tapi dalam masa yang sama aku tetap meneruskan hidup aku seperti biasa. Aku tak nak menaruh sepenuh harapan pada lelaki yang belum tentu akan jadi milik kita. Tapi memang aku akui memang aku dah sayang gila kat dia cuma aku masih belum gila lagi la... Hahaha....

Well salam rindu untuk kekasih hatiku yang amat ku cintai...hehe sori la berjiwang karat kat sini lak..

Monday, January 3, 2011

SEJAUH MANA AKU MAMPU MENUNGGUMU

Hilang mu mungkin kah akan ku temui lagi
Cinta mu kekalkah di dalam hatiku
Janji mu adakah akan tertunai
Mampukah diriku menanti dirimu
Sedangku di tinggal kesepian


Andai kau jujur pada janjimu
Andai kau setia pada cintaku
Andai kau mahu aku
Maka terpaksa aku setia menantimu
Hanya demi cinta ku pada mu...........duhai kekasih ku