Saturday, January 29, 2011

..PLAN JAN-JUNE 2011

1. Nak miliki kereta viva warna merah..mesti cute kan
2. Nak simpan duit banyak-banyak untuk modal kahwin. Kalau boleh nak buat majlis besar-besaran. Sebab aku  kerja dengan orang besar nanti apa kata diorang pula kalau tak jemput.
3. Nak dapatkan stable income so aku boleh tolong family aku. Aku nak ma dan abah bangga dengan aku sebab selama ini aku sangat degil dan tak pernah dengar nasihat mereka. Aku cuma ingin berjaya dalam hidup dengan cara aku sendiri. Aku akan pastikan family aku bangga dengan aku nanti.
4. Aku juga nak keluarga bakal husband aku pun bangga dengan aku. Aku nak adik-adik semua hormati aku sebagai kak long mereka. Aku akan buktikan pada semua yang aku akan berjaya denagn jalan yang aku pilih sekarang ini. Kenapa aku yakin??Kerana tempat kerja baru aku ni,denagn orng di sekeliling aku dan semangat aku yang kuat aku akn berjaya suatu hari nanti.
5. Aku dah tanam dalam diri aku yang aku akan sentiasa mendekatkan diri pada tuhan.
6. Aku nak jadi diri aku yang baru. Aku tak nak berada di takuk yang sama walaupun bidang ini amat sukar dan mencabar aku sanggup tempuhi jua sebab aku dah nekad nak tingkatkan ekonomi aku dan hidup seperti orang di alaf baru. Aku harap bakal suami aku yang aku setia tunggu kepulangannya akan bangga denagn perubahan yang akan aku bawa nanti. Hati aku tak pernah berubah setia mencintainya.
7. Aku nak perubahan aku nanti akan membahagiakan ma dan abah. Sesungguhnya aku sangat menyayangi ma dan abah dan semua ahli keluarga ku. Aku cuma nak berbakti pada keluarga aku dan keluarga bakal suamiku yang aku dah anggap macam keluarga aku sendiri.

AKU NAK BERJAYA..


INSYAALLAH

No comments:

Post a Comment