Friday, February 4, 2011

..KEWAJIPAN HIDUP



Dalam mengejar keduniaan ramai yang terlupa akan tanggungjawab kepada ALLAH SWT yang telah mencipta segala kejadian. Ramai yang hilang arah tujuan bila cita-cita tidak tercapai. Tidak merujuk kepada sesiapa tetapi sebagai peringatan kepada diri sendiri. Well, aku akui aku sentiasa menemui kegagalan dalam hidup. Dalam pelajaran, dalam percintaan tidak pernah sampai ke penghujung. Tetapi aku dianugerahkan dengan sebuah keluarga yang penuh kasih sayang. Ma dan abah yang sentiasa memahami dan menyokong segala keputusanku. Apa lagi yang lebih berharga dari ini. Allah Maha Adil. Di mana ada kekurangan masih ada kelebihan di suatu bahagian yang lain. Apa yang penting luaskan pemikiran kerana sebagai hamba Allah kita mesti yakin akan ada tempat untuk orang yang berusaha. Sentiasa muhasabah diri. Carilah di mana kekurangan dalam diri dan cuba atasi nya. Berusaha lah ke arah kebaikan. Berdamping lah dengan orang yang boleh membawa kita ke arah kebaikan. Janganlah berasa penat menuntut ilmu. Ilmu akan dibawa hingga akhir hayat.


Aku percaya masa depan aku masih cerah. Demi ma dan abah yang aku sayangi yang aku kasihi yang aku hormati hingga akhir hayatku..aku akan berusaha sehingga berjaya dan berjasa kepada ibubapa keluarga dan bangsa. Apa yang aku impikan dalam hidup bukan suatu yang sukar. Aku hanya dambakan kasih sayang kerana aku tidak sanggup terus hidup sendirian dan kesepian. Aku ingin sentiasa bersama keluarga tapi jiwa ku seorang yang berdikari. Aku sanggup menempuh hidup sendirian tanpa ibu bapa di sisi jauh dari keluarga tanpa kawan sekepala demi mencapai cita-citaku. Cita-citaku tidak tinggi. As long aku dapat buat ma dan abah bangga dengan pencapaian aku..sudah cukup. As long aku dapat membahagiakan ma dan abah. Sesungguhnya hanya ma dan abah insan pertama di hatiku. 


Demi untuk membanggakan ma dan abah,aku sanggup bersusah payah, aku sanggup menahan lapar,aku sanggup berpeluh, aku sanggup menempuh dunia luar yang begitu kejam bagiku. Aku sanggup semuanya asalkan aku dapat buktikan pada ma dan abah yang aku akan berjaya. Apa saja bidang yang aku ceburi aku yakin. Aku akan berjaya demi ibu bapaku.


Ahmad Farees Ahmad Fuad...insan istimewa yang bertakhta dihatiku. Sudah lebih sebulan aku tak dapat berkomunikasi dengannya. Rindu hatiku pada dia hanya tuhan saja yang tahu. Aku masih setia menunggu sampai ke saat ini kerana aku benar-benar menyayangi dia. Dan aku juga yakin dia juga menyayangi aku sepertimana juga aku. Aku hanya berdoa agar dia senstiasa sihat dan tidak lupa tanggungjawab kepada tuhan. Andai ditakdirkan jodoh kami kuat dia lah bakal menjadi nakhoda. Aku sentiasa berdoa agar ditemukan lelaki yang boleh membimbing aku ke jalan yang diredhai. Walaupun aku bukan wanita yang sempurna aku akan sentiasa berusaha membaiki diri. Aku sedar aku terlalu lemah dalam semua perkara. Semoga dia adalah lelaki itu. 


Semoga aku akan mendapat kejayaan demi insan-insan yang amat aku sayangi.

1 comment:

  1. insyalah...jodoh sume ditangan tuhan..tp kalo kita xcarik mane nk dapat kan...haha

    ReplyDelete