Tuesday, February 15, 2011

..KALAU AKU JADI JUTAWAN

 Waa...best juga kadang-kadang berkhayal mana la tahu suatu hari nanti jadi real kan. Apa masalahnya...

Andai la ada orang murah hati nak bagi ...aku boleh mati kesukaan agaknya..haha mata duitan betol la aku kan. Well aku da plan da duit tu nanti nak wat ape...Tengok apa yang aku sempat list ni...

1. buka syarikat komunikasi jalur lebar yang tiada had..kalo boleh nak ada satelit sendiri....woooo...kelas gitu
2. nak wat rumah yang seluruhnya bercermin..boleh memantulkan cahaya and sekaligus boleh jana tenaga solar halaman rumah yang kehijauan pokok bunga cket2 da la yang penting ada pokok mangga pokok rambutan mata kucing and macam2 lagi la jenis buah-buahan sebab aku gila buah...em ada taman khas untuk tanamah bersuhu rendah macam strawbery ker,tomato yang ala2 cameron highland tu...waaa...syok gila ah..
3. aku nak ada butik sendiri sebab kalau tengok baju2 kat kedai selalu je x menepati citarasa aku..kalau ada butik sendiri t aku suruh orang design baju ikut apa yang aku nak..kan syok macam tuu....huuu
4. well...memandangkan aku jenis yang tak suka dok diam jadi aku nak tiap2 bulan g travel seluruh dunia semua tempat yang best aku tengok and kalau tempat tu aku suka aku nak pergi berkali-kali..tapi aku xnak g sorang aku nak g ngan orang yang aku sayang baru la best kan...hehe...
5. Seterusnya aku ni hantu juga...hantu pada bende2 mewah cantik sofiskated dan macam2 la..nama pon materialistik kan...jadi semestinya aku da aim nak ada macam2 jenis kereta tau ferrari,pegeout,and pesona...hehe..aku ni tetap bangga dengan jenama negara kita..
6. Eh...lupa pula aku kan ada family so aku nak rumah aku tu tinggal semua seluruh ahli keluarga. ma,abah,abang,isteri abang,anak2 abang,kakak,suami kakak,anak2 kakak,adik2 and kalau diorang nak bawa kawan2 diorang sekali pun aku xkisah langsung..janji rumah tu meriah..haha masuk sekali la dengan family ipar duai..hari2 ada pesta kalau macam tu kan...wat negeri sendiri..best arr macam ni..
7. aku nak semua orang jadi kaya raya...aku akan jadi pembekal modal kepada orang yang tak berkemampuan...baik hati konon..eleh..

memang la aku harap semua orang hidup aman damai tiada iri hati bersaing secara sihat berusaha ke arah kebaikan saling tolong menolong hidup aman damai ke akhir hayat..kan tenang je macam tu...itu la negeri yang aku harapkan..aku nak cuba wujudkan tapi kena la ada kesedaran dalam diri setiap insan sebab bagi aku kekayaan hendaklah dikongsi sama rata hidup penuh kasih sayang tiada nilai negatif hanya ditemani senyuman...


No comments:

Post a Comment