Sunday, February 24, 2013

24 february 2013

Sakit perasaan sangat berat terasa. Tidak dapat dibayangkan macam mana perit pedih terasa. Bila rindu datang menyapa terasa seperti awan gelap yang tidak segan silu menurunkan hujan sarat yang tidak dapat dibendung. Mencurah-curah dalam kegelapan malam tanpa disedari oleh penghuni lain. Tidak pernah di dalam hati berdetik untuk melupakan tetapi sentiasa segar di dalam ingatn. Biarlah malam sentiasa hujan sebab pelangi akan muncul selepas hujan. Pelangi indah yang pernah dinikmati dulu. Pelangi yang membahagiakan pelangi yang mengasyikan. Pelangi yang sentiasa ditunggu kehadiran. Pelangi yang didambakan. Pelangi yang sama yang menyembuh jiwa.

No comments:

Post a Comment